AKTIVITI 3PIB2KL BAGI TAHUN 2016

MAJLIS CERIA TAHUN 2016

Pihak 3PIB2KL juga telah menganjurkan Majlis Ceria 2016 bertempat di Dewan SMK Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 31hb Januari 2016 (Ahad) dari pukul 2:30 petang hingga 5:00 petang. Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Pengerusi 3PIB2KL dan Pengetua SMK Puteri Titiwangsa. Majlis juga diselitkan dengan perkongsian dari saudara Faizal Mohd Arshad tentang “Program Bersama Jayakan Transformasi PIBG di Sekolah”. Taklimat khas oleh Pengerusi 3PIB2KL tentang cadangan untuk mengadakan Festival Kerjaya dan Keusahawanan pada bulan April 2016


KEMBARA MPSM WPKL 2016

Pihak 3PIB2KL bersama-sama dengan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSM WPKL) telah mengadakan program Kembara MPSM WPKL 2016 sempena Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia yang ke-55 pada 2hb Mac 2016 (Rabu) bermula di SMK Aminuddin Baki dan seterusnya ke SMK Seri Hartamas, SMK Segambut Jaya dan juga SMK Seksyen 5 Wangsa Maju.


FESTIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 060416

Program ini dirangka dengan tujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa dan komuniti serta pihak swasta tentang Anjakan ke 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (3PM). Persatuan Permuafakatan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Kuala Lumpur (3PIB2KL) selaku penganjur Festival Kerjaya dan Keusahawanan 2016 dengan sokongan dan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) sedaya upaya memberikan kesedaran pentingnya penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan murid-murid menjurus kepada kemenjadian murid-murid.

Dalam program ini kita melibatkan semua pihak bagi memastikan objektif program tercapai dengan jelas dan berkesan. Festival ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Rizalman bin Dato Mokhtar, Pengerusi Yayasan Bakti Bandar Tun Razak pada 6hb April 2016 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Lebih 40 tapak pameran dan gerai jualan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta juga institusi pendidikan yang hadir memeriahkan festival ini. Jumlah pelajar-pelajar yang hadir dan berdaftar juga menggalakkan iaitu sekitar 1500 orang dari 112 sekolah menengah dan rendah sepanjang festival yang berlangsung selama dua hari.

Objektif Festival Kerjaya dan Keusahawanan ini sejajar dengan matlamat dan objektif PPPM 2013-2025 yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:

  1. Satu Program untuk memberi pengisian dalam menggalakkan PIBK dalam sistem pendidikan. 70% pengurusan program akan dilaksanakan oleh PIBG @ Ibubapa.
  2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya PIBK dalam kejayaan dan kemenjadian murid seterusnya mencapai 6 aspirasi murid
  3. Mewujudkan semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan dikalangan PIBG, sekolah, murid dan komuniti
  4. Menerapkan aktiviti riadah dan dapat membantu mengekang gejala-gejala tidak sihat dan tidak berfaedah

SEMINAR PEMANTAPAN PIBG PD 3.0

Pihak 3PIB2KL juga telah bertindak sebagai urusetia untuk Program Seminar Pemantapan PIBG Anjuran Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 20hb Jun 2016. Objektif program ini adalah untuk membantu peneraju-peneraju PIBG untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan efisyen dalam membudayakan kerja cemerlang demi kemenjadian anak-anak


MAJLIS MESRA AIDIL FITRI 2016

Pihak 3PIB2KL juga telah menganjurkan Malam Mesra Aidil Fitri pada 28hb Julai 2016 bertempat di Casa Heliconia, Jalan Maktab Enam, Off Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur. Tujuan diadakan Majlis ini adalah untuk merapatkan ukhwah di antara ahli 3PIB2KL dan Ibu Bapa dan Guru-guru di samping meraikan sambutan Aidil Fitri


KUALA LUMPUR ENGINEERING SCIENCE FAIR 2016

Pihak 3PIB2KL telah membuat pameran di Kuala Lumpur Engineering Science Fair 2016 pada 4hb November 2016 bertempat di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Jalan Dulang, Mines Resort City, 43300, Seri Kembangan, Selangor.


MAJLIS MALAM AMAL 2016

Bagi menutup tirai 2016, 3PIB2KL telah mengadakan Majlis Malam Amal pada 9hb Disember 2016 bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Tujuan utama Majlis Makan Malam Amal PIBK 2016 3PIB2KL adalah untuk mengutip dana persatuan dan juga untuk terus memupuk jalinan serta ukhwah ahli-ahli yang terlibat sepanjang tahun dalam usaha-usaha penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah masing-masing. Majlis Malam Amal ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pengerusi YPT, YBhg Datuk Astaman bin Abdul Aziz dengan dihadiri oleh lebih 200 ibu bapa dan guru-guru